Piala AFF Suzuki 2012

AFF Suzuki Cup 2012

Malaysia, Thailand tuan rumah bersama Piala AFF Suzuki 2012

MALAYSIA dan Thailand dipilih sebagai negara tuan rumah bagi menganjurkan kejohanan Piala AFF Suzuki 2012.

Perkara itu diputuskan ketika perjumpaan mesyuarat ahli AFF sesi 2007/2011 ke-18 di Kuala Lumpur. Kali terakhir Malaysia menjadi hos kejohanan ini adalah pada 2004, ketika itu masih dikenali sebagai Piala Tiger manakala Thailand pada 2006.

Ini peluang terbaik buat skuad Harimau Malaya pim­pinan Datuk K Rajagobal beraksi di hadapan penyokong sendiri, di samping berusaha mempertahankan koleksi kejuaraan dimenangi pada kejohanan edisi 2010.

Bagi rekod, Thailand merupakan juara edisi pertama kejohanan di Singapura pada 1996 dengan skuad Harimau Malaya muncul naib johan pada kempen yang sama.

Senarai Juara Piala AFF

  • Juara Piala AFF 1996: Thailand (1-0 Malaysia)
  • Juara Piala AFF 1998: Singapura (1-0 Vietnam)
  • Juara Piala AFF 2000: Thailand (4-1 Indonesia)
  • Juara Piala AFF 2002: Thailand (2-2 Indonesia, pen 5-2)
  • Juara Piala AFF 2004: Singapura (agg 5-2 Indonesia)
  • Juara Piala AFF 2007: Singapura (agg 3-2 Thailand)
  • Juara Piala AFF 2008: Vietnam (agg 3-2 Thailand)
  • Juara Piala AFF 2010: MALAYSIA (agg 4-2 Indonesia)
  • Juara Piala AFF 2012: Singapura (agg 3-2 Thailand)
  • Juara Piala AFF 2014: Thailand (agg 4-3 Malaysia)

Rekod Beraksi di Final Piala AFF

  • Thailand: 7 Kali (4 Kali Juara)
  • Indonesia: 4 Kali (Gagal Muncul Juara)
  • Singapura: 4 Kali (4 Kali Juara)
  • MALAYSIA: 3 Kali (1 Kali Juara)
  • Vietnam: 2 Kali (1 Kali Juara)

Senarai Pemain Terbaik Piala AFF

  • Piala AFF 1996: Zainal Abidin Hassan (MALAYSIA)
  • Piala AFF 1998: -
  • Piala AFF 2000: Kiatisuk Senamuang (Thailand)
  • Piala AFF 2002: Therdsak Chaiman (Thailand)
  • Piala AFF 2004: Lionel Lewis (Singapura)
  • Piala AFF 2007: Noh Alam Shah (Singapura)
  • Piala AFF 2008: Duong Hong Son (Vietnam)
  • Piala AFF 2010: Firman Utina (Indonesia)
  • Piala AFF 2012: Shahril Ishak (Singapura)
  • Piala AFF 2014: Chanathip Songkrasin (Thailand)

Pemenang Kasut Emas @ Penjaring Terbanyak Piala AFF

  • Piala AFF 1996: 7 Gol – Netipong Srithong (Thailand)
  • Piala AFF 1998: 4 Gol – Myo Hlaing Win
  • Piala AFF 2000: 5 Gol – Gendut Donny Christiawan, Worrawoot Srimaka
  • Piala AFF 2002: 8 Gol – Bambang Pamungkas (Indonesia)
  • Piala AFF 2004: 7 Gol – Ilham Jaya Kesuma (Indonesia)
  • Piala AFF 2007: 10 Gol – Mohd Noh Alam Shah (Singapura)
  • Piala AFF 2008: 4 Gol – Budi Sudarsono, Agu Casmir, Teerasil Dangda
  • Piala AFF 2010: 5 Gol – Mohd Safee Sali (MALAYSIA)
  • Piala AFF 2012: 5 Gol – Teerasil Dangda (Thailand)
  • Piala AFF 2014: 6 Gol – Safiq Rahim (MALAYSIA)